5 Idea Doorgift Makanan Simple & Murah !

 


Doorgift adalah hadiah daripada pasangan pengantin kepada tetamu sebagai tanda terima kasih kerana sudi hadir ke majlis jemputan. Doorgift tidak wajib tetapi sekadar memenuhi adat turun temurun. Lama kelamaan pelbagai jenis doorgift akan diberikan mengikut umur.

Jadi, bagi bakal pengantin atau tetamu rumah yang tiada idea, boleh tengok senarai idea doorgift di bawah. Lagi mudah kerana boleh dibeli secara online juga. 

1. Mini Donut


Mini donut sesuai untuk dijadikan doorgift untuk kenduri atau apa-apa majlis. Tidak ramai yang memberi donut sebagai doorgift, tetapi donut adalah idea yang bagus kerana semua golongan boleh makan termasuklah budak sampailah orang tua. Mini donut juga mempunyai pelbagai perisa dan warna yang sesuai untuk semua majlis. 

2. Cookies


Selain itu, cookies adalah antara makanan yang menjadi buruan ramai kerana rasanya yang sangat sedap dan crunchy. Cookies juga dikategorikan sebagai biskut moden. Doorgift cookies sangat sesuai untuk anda yang mahukan sesuatu yang exclusive. Pelbagai perisa yang anda boleh dapatkan, antaranya almond, red velvet, chocolate chip, vanilla dan butter.

3. Muffins


Mini muffin antara ynag popular dan sangat sesuai untuk pelbagai jenis majlis spt perkahwinan, kesyukuran, akikah, keraian dan lain-lain. Muffin mempunyai pelbagai perisa. Antara perisa yang popular adalah Coklat, Strawberry, Pandan dan Oren. Selalunya orang ramai akan mix kesemua perisa dalam satu bungkusan. Tidak dinafikan muffin mempunyai rasa yang sedap dan lembut. Mini muffin selalunya akan tahan sehingga 2 minggu.

4. Kek Lembab


Kek lembab atau kek moist sesuai untuk doorgift kenduri perkahwinan, majlis harijadi, berkhatan dan banyak lagi. Antara perisa yang popular adalah kek lembab coklat, redvelvet dan cheesekut. Kek lembab memerlukan penjagaan yang betul, ia tahan 5 hari pada suhu bilik manakala 10 hari di peti sejuk.

5. Mini Buns


Akhir sekali, mini buns juga digemari ramai. Antara perisa yang popular adalah chicken floss, coklat rice dan cheese. Selalunya roti atau bun diberi bersama air mineral. Harganya juga murah dan sesuai untuk bajet rendah.


Untuk anda yang mahukan doorgift murah bolehlah dapatkan di link Whatsapp berikut




.....................................................

Facebook: Ezy Start HQ
Instagram: Ezystart.food
Tiktok: Ezy.start





No comments:

Post a Comment